Thursday, June 30, 2011

Checkup & New pickups!

Semalam pergi checkup untuk minggu ke-35. Seminggu selepas kena duduk wad semalaman. Ramai jugak yang datang untuk checkup hari Khamis. Jumaat lagi lah ramai...

Dipendekkan cerita, jumpa Dr Siti dan cek blood pressure macam biasa. Pastu tanya dia pasal result darah yang amek masa admitted minggu lepas. Rajin sangat, kan? Doktor takde cakap apa2 lain kali janganlah tanya. Tapi curious la sebab kesihatan diri sendiri. Sekali doktor kate 9.8! Hamek. Nasib baik dia takde nak buat any unnecessary tests. Selagi makan pil zat besi tu, OK katanya. Saya memang makan pil tu. Cuma sekali sekala ada gak terlupa. :D

Semalam extra excited sikit. Mana taknya, pagi2 dalam pukul 7.30-8am camtu, baby bukan main aktif. Buat apalah tu agaknya. Ayah dia dah menjerit2 dah bila lettak tangan atas perut. Apa yang dia takut sangat pun tak pahamlah. So ingat nak intai la baby tengah buat apa bila scan. Macam biasa, Dr Siti akan scan dari kepala, jantung, perut, dan cek position uri. Semuanya OK, Alhamdulillah. Bila cakap kt doktor pasal discharge warna coklat hari2 tu, kata dia mungkin darah minggu lepas yang keluar tak habis tu. Selagi bukan fresh blood, takpe. Kalau ada fresh blood keluar, walaupun sikit terus datang. Hm. Tapi rasanya, saya nak tunggu sampai sakit nak beranak, 10mins contraction tu baru nak lapor diri kot! No more false alarm, please! Amin, amin ya rabb Al-a'lamin. Dr Siti cakap lagi, sekarang ni dah minggu ke-35, so kalau nak deliver sekarang pun dah not so bad. Weeeheee. Alhamdulillah...

Oh, harini saya dah rajin nak turun naik tangga. Tapi slow2 la, takde pulak nak cari pasal. Petang tadi pun sempat pergi ziarah sepupu yang baru melahirkan anak ke-2, 2 minggu lepas. 4 minggu awal dari due-date! Woah. Premie baby! Sangat2 comel. Mummy yang drive. Tiba2 rasa macam useless pulak kite duduk sebelah, mak drive. ;c Nak buat camne kan. Ibu kan memang super penyayang. ;x

Hubby tak ikut, sebab ada kerja sikit nak kena buat, pastu nak balik rumah MIL. Dah 2 minggu dia balik sorang. Sorry, yuk. Lepas tu, yang bestnya hubby sempat gi Jusco untuk beli botol susu baby! Yeay! Weaning bottle with spoon! Ni bukan untuk puree baby tau, ni untuk bagi susu dalam botol. Dalam antenatal class aritu Pn Hjh Faridah ada cakap jangan bagi puting. So sudu ni memang sesuai sangat supaya baby tak confuse ngan puting ibu. Puas cari, akhirnya jumpa jugak!
Saje beli extra 2 sebab nak bagi Nad and sepupu yang baru bersalin tu. :) Stopper kat sudu tu bertujuan untuk control milkflow. So if nak introduce puree to baby nanti, boleh cabut je la stopper. Murah je benda ni, takdelah puluh2 ringgit macam botol susu biasa yang lain. Tapi rasanya good enough to serve the purpose. Botol plastik dia pun ada tanda recycle Type 5 (PP), tandanya boleh tahan panas. So if nak warmkan susu, sesuai lah nak rendam botol tu dalam air panas. Insya Allah, takde apa2.

Oh, harini jugak saya happy sebab dapat package baru dari Mr Posmen. Heee. Suamiku dah bising2 everytime dapat parcel. Tapi everytime parcel tu best tau! Heee. Kali ni fabrik baru, dari Fabric Fanatics untuk projek menjahit yang seterusnya. Updates untuk hasilnya nanti boleh la refer ke blog jahitan saya yang satu tu. Insya Allah akan disiapkan dalam masa terdekat ni! Harap2 sebelum bersalin! :)

No comments:

Post a Comment