Sunday, August 1, 2010

Surat permohonan kahwin (belah lelaki)

Salam...


Post ini hanya sesuai untuk lelaki yang hendak berkahwin dan menetap di Selangor tapi IC di tempat lain (KL, Kedah, Penang dan sebagainya). Macam aku. IC aku KL (tak tukar-tukar sejak awal 2000!!) tapi duduk kat Selangor. So, bila kes macam ni, aku kena sediakan 2 borang yang berlainan.


1) Borang pengesahan permastautinan. 
2) Borang permohonan kebenaran berkahwin (Lelaki)


Borang-borang boleh didapati di: JAIS 


Ok, bagi menyelesaikan borang no 1, korang kena:


i) Isi borang tu dengan lengkap.
ii) Cari 1 orang saksi yang boleh mengesahkan yang korang duduk kat Selangor. Siapa-siapa pun boleh. Macam dalam kes aku, aku letak nama ayah aku sebab aku duduk dengan dia. Senang.
iii) Salinan IC pemohon dan saksi. 
iv) Kalau takde sangat member yang nak tolong jadi saksi, buat salinan bil elektrik, Astro, atau sebagainya yang ada nama korang dalam alamat tempat korang duduk. 
v) Mintak tandatangan dan COP RASMI dari Ketua Kampung atau Ketua Persatuan Penduduk atau Nazir masjid (bukan surau) tempat korang duduk. Setiap kawasan ada masjid tersendiri.


Macam aku, aku mintak Nazir masjid kawasan aku tandatangan sebab Ketua Persatuan Penduduk Taman aku takde Cop Rasmi. 


Ok, selesai 1 bahagian. Bahagian kedua pulak, korang kena:


i) Isi borang tu dengan lengkap. Pastikan korang dah tau kat mana nak nikah sebab alamat tempat nikah tu nanti akan ditulis di dalam borang permohonan tu nanti. Dan pastikan korang tau nama penuh, IC dan alamat pasangan sebab akan ditulis di dalam borang tersebut.
ii) Cari 2 orang saksi. 2 orang saksi ni tak kisah siapa2. Perhatian: 2 orang saksi ni bukan dan tak semestinya saksi pada hari pernikahan nanti. Saksi yang ini hanya untuk mengesahkan bahawa korang belum berkahwin atau pun belum mempunyai isteri sekarang. Saksi-saksi ini juga mesti hadir dan tandatangan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah nanti. Salinan IC kedua-dua saksi ni juga wajib ada. 
iii) Dokumen-dokumen wajib iaitu Sijil Kursus Kahwin dan Resit Pengesahan Ujian HIV mesti ada disertakan sekali bila jumpa Penolong Pendaftar Nikah.
iv) Penolong Pendaftar Nikah. Tak tau sape? Rajin-rajin pergi masjid dan bertanya pada jemaah di situ. P.P.N ni akan teliti satu persatu maklumat dalam borang dan akan mintak saksi-saksi tandatangan termasuk kita depan dia dan akhir sekali dia akan tandatangan dan KEMBALIKAN segala surat serta dokumen kepada kita.


Next step? Serahkan kedua-dua borang (Pengesahan Permastautinan & Permohonan Kebenaran Kahwin) serta segala dokumen kepada pihak perempuan. Biar dia setel pulak. 


Tak paham jugak? Sila layari laman web JAIS, di situ boleh download dan print borang-borang di atas. Tak payah pergi pejabat JAIS semata-mata nak ambil borang. Buang masa dan duit. 


Ahlan Wasahlan. 


Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment