Friday, May 13, 2011

It's May, baby!

Sekarang ni selalu rasa perut mengeras especially time bangun pagi. Tengah hari dan malam memang waktu paling aktif baby. Suka sangat tengok perut bergoyang2. Hubby pun kadang2 suka curi2 dengar baby tengah 'swimming' masa saya dah tidur. Geram rasanya. Dah puas cari stetoskop dalam rumah ni, mane entah perginya. Masa orang tak nak pakai hari tu ade je nampak.

Sekarang ni ada cita2 baru. Teringin rasanya nak menjahit semula. Dah lama mesin jahit kat bawah tu duduk dalam kabinet kat ceruk dapur. Kali ni, masih nak jahit beg. Tapi lain sikit, nak buat wet bags. Sekarang tengah survey PUL fabric. Since zippers memang banyak stok kat rumah ni, so takde masalah. Tinggal nak pikir, jahit PUL print ataupun kene cari cotton print lain jahit as outer layer. Takde masalah sangat rasanya nak cari fabric tu. Tapi takdela limited design sangat, sebab baru nak test market kan. Tak pernah jahit zipper, tapi rasanya tak susah mane pon. Rindu rasanya, dah lama sangat tak jahit beg.

Setakat ni, masih kumpul stok untuk cloth diapers & cloth pads untuk masa berpantang nanti. Insya Allah nak terus pakai lepas bersalin, tapi itu la, kena sediakan wet bag dulu. Kalau tak, pakai plastik biase je la jawabnya.

Last week pergi Baby Expo di MidValley. Saya tak rajin baca suratkhabar. Dapat tau pasal expo tu pun dari rakan2 MCDP. So hari Ahad pagi, pukul 10 dah tiba MidValley. Itu bukan paling awal. Saya pernah sampai MidValley pukul 9 pagi, OK. Kedai lain tak bukak lagi, breakfast kat Dunkin' Donuts. Teringat zaman dulu2. But anywayz, kami datang awal2 pagi sebab dengar cerita 2 hari sebelumnya parking memang penuh gila gara2 Baby Expo tu ler. Since kami nak kejarkan kenduri kahwin tengah hari tu, terpaksa lah bersiap2 seawal yang mungkin.

Memang jenuh nak berjalan dari 1 booth ke 1 booth. Tak buat list siap2. Cuma memang target nak beli Ring Sling and prefolds/flat diapers. Tapi sudahnya, beli Ring Sling dari JumpSac dan rompers dari Carter's dan Jodie's. Prefolds tak jumpa, dan memang tak nak beli pocket diaper sebab dah order a few sebelum tahu kewujudan expo tu. Lagipun, dah order jugak 1 Rumparooz pocket diaper ikot group buy (GB) dengan geng MCDP. Heee.

Survey car seat, tapi takde jumpa yang berkenan. Sebenarnya ada yang berkenan, cume harga die je tak selaras dengan akaun kewangan.

Jumpa Diahna shopping untuk barang baby die jugak. Tapi takleh borak lama sebab nak kejar masa sambil berasak-asak ngan orang ramai.

Sekarang ni dalam proses dan prepare lampin kain yang sedia ada. Tak nak beli pocket diaper dah sampai baby lahir, insya Allah. Cume nak beli lagi sikit flat diapers ngan cover sikit. Bace review, ramai orang kata better prepare flats/prefolds untuk newborns. Baik ikot cakap yang lebih arif. Harap2 semuanya berjalan lancar...

No comments:

Post a Comment