Friday, May 27, 2011

Kehabisan stok!

Harini pergi check-up kat KPJ. 2-3 harini perut meragam lain macam sikit. Bukan apa, lepas makan, cepat je nak keluarkan balik. So pagi2 lepas breakfast, macam tu la, terus pergi toilet, settlekan ape yang patut. 2 kali.

Tiba kat hospital, dapat nombor yang ke-3 selepas yang sedang jumpa doktor time tu. OK la tu. Macam biasa, kena ambil urine test dulu sebelum jumpe doktor. Tapi kali ni, kene amek sampel darah sekali sebab last checkup bulan lepas, doktor suruh makan iron tablets since kandungan Hb darah kurang.

Pergi lab, amek bekas untuk taruk sampel, masuk toilet. Hm. Aik? Tak ade! First time ni. Tak pernah pulak sampel tak dapat di'hasil'kan pada waktu yang memerlukan. Ada dengar member pernah kena camtu gak tapi macam tak percaya, sebab selalunye ada je 'stok'. So bagitau nurse, dan die cakap amek sampel darah dulu. OK. Darah kejap je. Alhamdulillah, tak sakit. Syukur dapat nurse muslim. Dimulakan dengan Bismillah ... Nurse bagi air setengah gelas. Try lagi. Pun takleh gak. Dah nak 40 minit gak la dok ulang alik toilet. Last2 cakap kat nurse, nak gi jumpa doktor dulu lah. Kot2 lepas tu baru ade 'mood'.

Bila pergi balik ke tempat menunggu tu, dah takut hubby marah sebab sejajar dengan nama dia, memang seorang yang pemarah (tapi penyayang...awwww). Alhamdulillah, dia masih dalam tahap kesabaran yang boleh dibendung. Tak lama lepas tu, nurse panggil masuk. Oh sebelum tu dah timbang berat. Pakai penimbang digital la berat sikit. Yang jarum punya tu ringan sikit, takut doktor ingat tak makan pulak. So berat terbaru - 52kg. :)

Normal rutin - cek bloodpressure : OK. Sampel darah belum dapat result so doktor takleh komen. So teruslah ke agenda seterusnya - ultrasound scan.

Kepala - bulat. Tulang peha, cantek. Kaki tengah bersilang, macam ibu dia tidur :). Perut - bulat jugak. Air ketuban - walaupun lately banyak discharge (pekat & cair), tapi masih cukup, Alhamdulillah. Lupa nak tanya doktor pasal position baby, kepala dah turun ke belum. Tapi all in all, doktor kata semua OK. Heartbeat sangat clear. Pergerakan baby boleh dikatakan aktif. So doktor kata kalau aktif, takyah kira la. Tapi doktor explain jugak macam mana nak kira. Start pukul 9 pagi setiap hari. Setiap pergerakan dalam 1 masa (1 tendangan atau beberapa pergerakan hingga berhenti) dikira sebagai 1 pergerakan. Monitor sampai pukul 7 malam (selepas 10 jam), mesti ada sekurang2nya 10 pergerakan.

Lepas tu, cakap kat doktor, nak postpone sampel air kencing sebab hubby dah lambat nak gi site. Nasib baik doktor sangat understanding. So we paid the total bill around RM120 hari tu. Mahal sebab ada buat bloodtest kot. Checkup seterusnya ialah 2 minggu dari sekarang. Ikut kiraan, kandungan dah 30 minggu. Ikut scan, 28 minggu ± 2 minggu. So lebih kurang la tu. Wah, dalam 10 minggu je lagi! Masya Allah. How time flies. Tak sabar betul rasanya. Tapi sabar tu kan separuh daripada iman. :) Doakan segalanya dipermudahkan, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment