Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman malam pertama

1st time kena bermalam di hospital. Selama ni visit orang je. Tapi ok la jugak, takdela teruk sangat pun dok hospital. Yang tak bestnya, part nurse datang check setiap 2-3 jam tu je la. Tapi bila nurse keluar, senang je nak tidur balik. Bila nurse datang, die baru nak ketuk pintu dah terjaga. Haha. Agaknya sebab takut nurse datang saya tidur kayu. Alhamdulillah takde insiden2 yang memalukan (agaknya). Sepanjang2 malam tu, suami tersayang tidur dengan lenanya. Walaupun bila katil extra sampai die terus cakap "Nipisnya tilam! Ada lubang kat tengah2!" Huuu. Sian dia. Well, ni kan hospital. Bukan hotel.

Ok, masuk bilik dalam pukul 7+pm. Dalam kul 8pm nurse datang nak bagi suntikan untuk matangkan paru-paru baby. Masa ni memang takde masa nak pikir ke ape, sebab memang tak tau sangat pasal kelahiran pra-matang (pre-mature delivery). So redha je. Nurse tanya nak kena cucuk kat kiri ke kanan. Saya cakap kiri la, senang sikit nak buat kerja pakai tangan kanan kalau sakit lepas cucuk tu. Rupa2nya, bukan nak cucuk kat lengan. Kat punggung! Huuu.

"Sakit tak, kak?"
"Takkk"

Betul cakap akak tu. Cuma die tak habis ayat. Patutnya die cakap 'tak sakit sangat'. Barulah saya tak menaruh dendam pada dia. Hmph. So lepas kena cucuk tu rasa macam tak boleh bergerak kejap. Tapi sekejap je. Lepas tu dah OK. Rasanya tengah malam tu ada la 3-4 kali gak nurse datang. Check blood pressure, temperature, buat CTG, yang paling best time dia datang urut2 perut lebih kurang setengah jam. Masa tu nak cek contraction ade ke tak kot. Ada ke dia suruh kita tidur masa dia pegang2 perut tu. Saya pejam je mata, tapi memang takdela nak lena tidur pun.

...

Keesokan hari, dalam pukul 8 camtu, masa yang ditunggu2 telah tiba. Breakfast! Fuh. Lapar gila OK. Nasi goreng dengan Milo. Sepanjang2 mengandung ni, the first time minum Milo masa antenatal class 2 minggu lepas. So ni 2nd time la. Best jugak Milo ni. Bila la Shuang Hor nak keluarkan chocolate drink... But anywayz, food dia boleh tahan. Memang tak rugi la hubby bayar mahal, sebab makanan dia semua memang licin saya habiskan. Yerla, selalu orang sakit je yang tak selera makan. Kalau mak buyung yang sihat, silap besar la. Rasa macam nak mintak lagi sepinggan tapi itu nafsu je kot. Haha. Cuma lepas tu, memang mintak hubby belikan biskut. Hubby pergi breakfast kat kantin bawah sesorang. Sian dia.

Dalam kul 8.30am camtu, ade sorang lagi nurse datang nak bagi jab lagi. Rupanya ni 2nd shot untuk matangkan paru-paru baby tu. Ada 2 shots, gap 12 jam. So cucuk lagi sebelah la. Kali ni dah eksyen, terus selak baju sebab dah tau bahana yang bakal menimpa. Uh, memang nyaman ... Pandai akak nurse tu cucuk. Kalau dia silap cucuk memang silap haribulan kena karate.

Lebih kurang pukul 8.45am, nurse semalam yang muka masam tu datang. Tapi sebab masa tu baru pukul 8 pagi kan, baru masuk kerja la tu. Senyum je memanjang. Haa sejuk sikit rasa. Memang sah la die stress kerja petang semalam. Dia datang nak cerita pasal breastfeeding. Ni dah masuk orang ke-3 yang cerita pasal kebaikan & cara2 nak breastfeed. Tapi tak kisah pun, sebab saya memang suka nak belajar tentang breastfeeding, dan setiap kali ada je benda baru. Tengah akak ni dok cite, Dr Siti pun masuk. Tanya2 lebih kurang. Lepas tu dia kata, tunggu sampai pukul 12 tengah hari. Kalau masih takde bleeding & contraction, boleh balik. Weeehoo~

...

Lunch sampai dalam kul 12pm. Baru nak makan, ada nurse masuk nak cek perut. Tapi dia suh makan dulu. Haa. Dia tak tau baper jam saya makan. 2-3 kali gak la dia masuk bilik tengok tak habis2 lagi. Haha. Settle je makan (dengan licin), nurse masuk nak urut2 perut cek contraction. Sambil tu borak2 la ngan nurse semalam yang masam tapi harini ceria tu. :) Baik rupanya dia. Semua nurse kat situ memang baik la, takde insiden yang tak best setakat ni.

Selesai je urut2 perut, akak tu kate takde contraction. Perut keras mungkin sebab baru lepas makan. Heheee. Dalam kul 1 tengah hari, nurse kata dah boleh balik. Terus kitorang bersiap! Pergi ground floor nak checkout. Saat yang mendebarkan. Nak tengok total bill berapa.

RM999.++ Gulp Gulp Gulp! Mak aih, 1 malam je kot! Tak sampai 24jam. ;c

Sorry, yuk!!!

Nak buat camne. Duit bukan segalanya tapi duduk hospital memang kena pakai duit. Time tu gak rasanya terus baby dalam perut behave tak buat perangai. Huu. Sampai rumah, memang kene lecture baby habis2an. Pesan kat dia jangan buat hal sampai dah tiba masa. Ye2 je. Tapi alhamdulillah, up till now, takde apa2 lagi yang menyukarkan. Cuma masih ade spotting setiap hari, setiap masa. Tapi tak banyak macam hari Rabu haritu. Pesan Dr Siti, selagi bleeding tak banyak & takde contraction, takpe. Rehat je banyak2 kat rumah. Itu memang ikutlah. Sejak hari tu, memang tak keluar rumah. Turun tangga pun baru 2-3 kali je kot. Lain dari tu, baring je atas katil. Mummy cakap muka dah sembab. Yerla dah baring atas katil je, kalau tak tidur, pandang siling. Apa lagi nak buat.

Cuma yang ralat sikit, sebab semalam baru dapat tau, 'ubat' yang disuntik untuk matangkan paru-paru baby tu sebenarnya adalah sejenis STEROID! Sorry, baby! ;c Sedih. Tapi nak buat camne. Saya tak tau dan mungkin itu yang terbaik buat masa tu. Kita tak tau apa yang bakal terjadi, kan? Cume lepas ni, kena pulun Yung Kien Lingzhi habis2an la kat baby dan diri sendiri. :)

Next checkup hari Khamis. Esok. Harap2 semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

Amin.

No comments:

Post a Comment