Monday, June 27, 2011

Minggu ke-34 : False Alarm

Minggu lepas merupakan minggu ke-34 kandungan. Hari Rabu. Rasa macam takde mood nak keluar. Sebabnya, hari Isnin dan Selasa dah puas jadi driver untuk abang, teman dia pergi beli kipas rumah baru, dan teman dia kat rumah sampai kipas tu siap pasang. Pergi MMU pun sampai ke petang, duduk lama sangat agaknya, memang sakit mencucuk2 rusuk ni. Orang kata, masa sekarang ni baby dah makin besar, so memang duduk pun dah tak selesa. Jadi driver tu bukan apa, sebab abang baru lepas accident 3 minggu lepas. So dia susah sikit nak drive sebab tangan patah.

So hari Rabu lepas, memang rasa nak baring je kat rumah. Sebab bila rasa mencucuk tu, kena baring mengiring ke kanan baru rasa OK sikit. Tengah hari tu rasa sakit mencucuk, so macam biasa, terus baring mengiring. Lepas tu, ape lagi. Tertidur la kan. Sedar2 je dalam pukul 3.30 petang camtu, nak pergi toilet. Masa tu la perasan ada pendarahan. Bukan sikit macam 'staining' tu tapi takdelah banyak sangat macam heavyflow. Cuma cukup banyak lah untuk berasa panik. Macam besar tapak tangan (tak termasuk jari2). Ha, banyak tak? Dahla masa antenatal class aritu, ade sebut tanda2 nak bersalin. Salah satunya termasuklah keluar darah beserta lendir. Tapi lendir tu tak perasan pulak. Dengan coolnya, terus telefon hubby, suruh dia balik sebab takde siapa kat rumah. Mummy baru je pergi ke Johor pagi tu. Sebab tau hubby ni jenis yang cepat cemas, saya call cakap relax je la. Lepas tu call kakak pulak, tanya pendapat dia, nak kene buat apa dan sebagainya. Dia memang bagi tips2 yang bagus. Contohnya, mandi dulu sebelum pergi hospital, nanti busuk. Makan banyak2, takut nanti kena puasa, etc. Memang bagus tips2 tu di saat kecemasan. Dah cakap berjela2 ngan dia, sambil nak tenangkan perasaan tunggu hubby balek, call semula tanya hubby kat mana. Alangkah gembiranya rasa sebab dia kata dia belum gerak pun lagi!!!

"Ha? Urgent ke? Tak bleeding banyak kan?"

Ha masa ni mula lah dah kene jerit. Baru dia lintang-pukang nak balik. Dah tak kisah dah dia nak panik ke apa. Dari Cyberjaya ke Subang Jaya tu dah 40 minit. Belum kira jam orang nak balik kerja petang2. Pastu nak pergi Shah Alam pulak. Haih. Perlu ke nak cakap semua benda tu?

Alhamdulillah, jalan tak sesak pun la aritu. Beg pun memang dah disediakan awal dah sebelum ni, so cuma nak masukkan benda2 last je macam toiletteries dan baju tidur. Tiba kat KPJ Shah Alam dalam pukul 5+pm. Terus check-in di Kecemasan. Nurses tu pulak macam lembab je, agaknya dia pun tengok muka kita cool semacam, takde macam orang sakit nak beranak, sebab memang tak sakit pun. Pastu yang kelakarnya, die bawak pergi ke katil kat tempat kecemasan tu naik wheelchair. Padahal jarak dia macam 7 langkah je. Haih, macam2. So mula2 ada doktor laki datang cek. Masa tu dah cuak dah. Dahla checkup beriya ngan Dr Siti sebab memang tak nak doktor lelaki. Pastu doktor tu suruh selak baju nak tengok perut. Perut je, nasib baik. Die tekan2 tengok perut OK. Pastu dengar dia call Dr Siti.

"Dr Siti, you dah balik ke? Ada patient you ni, dia ade bleeding, I dah check everything's OK..."

Sat gi die letak telefon, dia cakap kat nurse, "Bawak dia pergi labour room".

Katil kat wad kecemasan tu ade divider pakai curtain je, so memang jelas la suara doktor tu. Cuak betul. Labour room tu ape? Tempat untuk give labour la kan? Masa tu cuak campur excited. Dah nak deliver ke?

Naik tingkat 2, pakai wheelchair gak. Dalam lift hubby tanya, "Dah nak beranak ke?" Haih. Malas betul nak layan. Sampai je depan labour room, dengar suara Dr Siti ngan a few nurses tengah bersemangat jerit2, "OK OK, ready ... 1, 2, 3, PUSH!!!" Mak aih. Sangat berkobar OK suara diorang. Berkobar sangat sampai suamiku terus beredar sepantas kilat. Muahaha. Sekali-sekala dengar suara si ibu menghela nafas dengan kuat. Pastu ade sekali die cakap "Aduhh, sakitnyaaaa". But takdela die jerit ke apa. Dr Siti ngan nurse yang terlebih semangat. Mase tu dah nak patah balik pun ada rasanya. Hahaha.

Lepas tu nurse bawak saya pergi labour room lagi sebelah. Dia pasangkan strap ke perut untuk buat cardiotography (CTG). Nurse tu kata kene monitor heartbeat baby tu dalam masa setengah jam. Sambil tu nurse bagi pegang satu benda, dia kata everytime baby gerak, picit button tu. Time tu nurse muka masam habis. OKla, time tu dah kul 6+pm, so penat seharian kerja kot..

Dah setengah jam camtu, Dr Siti pun masuk. Muka dia yang sentiasa senyum. Tenang sikit jiwa. Sekali dia tengok CTG selama ni, tracing dia takde. Mesin tu tak tekan rapat ke camne ntah. Haish. Lagi setengah jam la kene tunggu gamaknya. Pastu Dr Siti nak buat internal checkup. Ni pun seriau gak. First time la katakan. Tapi tak sempat nak pikir apa ... gulp! Dah selamat. Haha. Dr Siti kata servix masih belum terbuka. Tapi bleeding tu menunjukkan yang servix dah nak buka, so kalau ada contraction, die akan bagi ubat untuk hentikan. Kandungan baru 34 minggu, very risky untuk deliver sekarang. Oh, sebelum tu dia buat ultrasound, nak cek kedudukan uri. Selama ni checkup memang uri in the right position, tapi dia kata salah satu sebab bleeding, mungkin uri dah turun ke bawah. Tapi alhamdulillah, uri masih kat atas masa scan tu. In my opinion, rasanya baby ni agak panjang (ikut ayah dia), so agaknya dia kuat sangat menendang sampai dah nak terkeluar. Haha, boleh tak camtu? Sudahnya, Dr Siti kata malam tu kene duduk wad, sebab bleeding ni macam2 boleh jadi. Dia nak monitor for next few hours.

Selesai hubby register kat counter, kitorang pun masuk la single-bedded room. Kalau amek twin atau 4-sharing, suami takleh stay situ. Beza pun dalam RM20 je kot. Sekali register, kena letak deposit RM2500.

Gulp lagi sekali!

No comments:

Post a Comment