02 Ramadhan 1432H
Tiba-tiba rasa sakit macam period cramp. Tak sakit sangat. Sikit2 je. Tapi masa tu masih tengah mimpi. Bila sedar je, tengok jam dah pukul 2.30am. Sakit tu memang betul, bukan mimpi. Hehe. Tengah mamai lagi time tu. Pastu pikir nak buat apa. Rasa ngantuk, ingat nak tidur balik. Tapi takut tak sedar pulak sakit nak bersalin tengah tidur nanti. Suami tercinta tengah nyenyak tidur. So bangun & mandi. Beg dah siap, tapi siapkan lagi. ;P Masa mandi tu, contraction dah jarak 10 minit. Sakit dia macam senggugut biasa. Tak sakit sangat, boleh senyum2 & jalan2 lagi. Lepas dah siap mandi semua, baru kejutkan boss. Masa tu lebih kurang pukul 3.30am. Contraction dah 5 min gap.
Mummy dah jaga. So bagitau dia, dah sakit, nak pergi hospital. Mummy pesan suh makan lu. So makan la kurma sikit. Air zamzam ada MIL bagi dulu. Bawak bekal sikit untuk pergi hospital. Minum CEO Cafe secawan. Ramai orang cakap CEO Cafe boleh bantu percepatkan bukaan serviks. Tapi masa tu macam belum nak bukaan tu cepat sangat bukak, sebab takut doktor tak sempat sampai pagi2 buta. So minum 1 paket je, lepas tu bawak bekal banyak2 dalam beg. Lebih kurang pukul 4.30am, hubby selesai sahur, terus gerak pergi KPJ Shah Alam. Time ni, bila contraction je, dah mula pejam mata. Tapi steady lagi. :D
Jalan memang tak jam la kan waktu pagi2 tu. So sekejap je dah sampai hospital. Terus pergi kat Emergency, nurse tanye :
"Ya, kenapa puan?"
"Erm, rasanya nak bersalin. Dah start sakit."
"OK, due date bila?"
"Sabtu ni (sambil bagi kad biru)" ** Kalau ikut initial kiraan, EDD 3/8. Tapi lepas scan, EDD jadik 6/8. Dekat2 la tu :) **
"OK, duduk dulu"
Sekejap lepas tu, wheelchair pun sampai. On the way nak gi labour room, dah mula 'contraction yang susah nak bercakap'. Maknanya, everytime contraction je, pejam mata + takleh cakap. Hehe. Masa ni dah 5min gap. Tapi lepas contraction boleh gelak2. ;P
Sunyi je hospital time tu. Takde orang lain bersalin kot pagi tu. Sampai je tingkat 2, nurse yang garang tapi sebenarnya baik dulu tu (refer this post) yang sambut. Yeay. Tiba2 happy pulak jumpa dia, macam dah kawan lama. :D Masuk je labour room, die pasangkan strap & CTG untuk cek contraction selama lebih kurang setengah jam. Lepas dah confirm memang ada contraction, nurse tu cek dilation. Mula2 dia kata susah nak rasa. Lepas tu dia pergi mane ntah. Datang balik, dia cek lagi. Haih, senak dibuatnya. 2nd time tu baru dia kata dapat rasa 'bulging'. Whatever that means.
"Ha... okok saya dah rasa. Erm, 1...2...3...4... Ok, dah 4cm"
Camtula kata2nya sambil membuat 'kerja' di situ. Alhamdulillah. Sambil tu, hubby sentiasa tunggu kat tepi. Sian dia, everytime contraction, kene marah. Huhuu. It wasn't me, it's the pain talking. ;P Hubby dengan setia tolong cek timing contraction. Kadang 4 minit. Kadang 5 minit. Nurse tanya, dah start rasa macam nak buang air besar ke? Belum lagi. Lepas tu, nurse masukkan 1 bahan kat punggung untuk keluarkan segala yang sepatutnya dikeluarkan untuk memudahkan proses beranak nanti. Selesai tu, dia bagi baju & kain untuk tukar. Dan2 tu jugak bahan yang dimasukkan tadi bertindak balas. Pergh, memang kosonglah usus besarku rasanya time tu. Bila dah settle, sambung lepak atas katil. Jam lebih kurang kul 6am. Nurse kate die dah call Dr Siti. OK. Lega (sikit).
Kata orang, kalau nak mudahkan kelahiran, jalan2 sikit kan? Tapi pikir time tu, bukannya serviks lambat bukak ke ape. Memang smooth je rasenye. Sakit makin lama makin intense. So baring je diam2 atas katil. Dalam kul 6am, dah mula sakit yang sampai kene praktikkan breathing technique. Yang masa antenatal class die ajar 'Hee hee hooo' tu. Tapi yang keluarnya 'Hooo' je la. Pukul 7am dah start gigit selimut. Contraction dah 3 mins apart. Doktor lom sampai lagi. Saya suh Hubby tanya nurse bila Dr Siti nak sampai.
"Nurse, wife saya dah contraction 3 min-gap ni. Doktor bila nak sampai?"
"Ohh... kejap je lagi. Pukul 8.30am Dr Siti sampai. Takpe2, kitorang ada..."
Sekejap la sangat! Lagi 1 setengah jam kot!? Taktau kenapa tapi macam nak sangat tengok muka Dr Siti time tu. Tak confident ngan nurses. No offence, cuma masa tu takleh nak pikir sangat. Pikir kalau Dr Siti sampai, boleh beranak dah dengan selamat insya Allah. Pulak tu, saya memang sedaya upaya tahan diri untuk tak nak amik apa2 penahan sakit (epidural, gas, etc.) Kata orang, lebih mudah bersalin kalau tak amik painkiller (Memang betul pun). Antara ayat2 nurse yang 'menenangkan' time sakit tu :
"Sakit yer? Kalau sakit tu senang nak bersalin. Kalau tak sakit susah sikit."
"Ohh... dah 7cm dah ni. Tak lama lagi la. Kejap lagi Doktor datang pecahkan air ketuban, beranak la kamu harini"
Eh eh? Takkan la nak beranak esok pulak? Adoih! Scary-nye.
Dipendekkan cerita (sebab dah macam bosan sangat ni), tengah sakit2 contraction tu (masih rasa macam period cramp cuma cramp tu lame sikit), Dr Siti pun sampai.
"Intan..."
Ya Allah, terus tenang time tu. Walaupun tengah pejam mata, hembus nafas macam orang tengah tiup belon, tapi sungguh tenang bila dengar suara Dr Siti. Alhamdulillah. Dia terus pakai glove & amik ape ntah. Dia cek dilation, katanya dah 9cm. Lepas tu nampak die cucuk apebenda ntah kat 'down under'. Tengah pecahkan air ketuban la tu. Tak rasa apa pun. Lepas tu rilek je die tutup kain selimut.
"Ha. Tak lama lagi ni. Lagi setengah jam, OK?"
Hah? Setengah jam lagi? Ya Allah. Lepas Doktor tutup je kain selimut tu, macam ada waterfall yang sedang berlaku di bawah selimut itu. Rasa dia macam tengah cirit. Keluarnya memang berderau. Tak tau la apa yang keluar tu (Hubby kata air+darah). Tapi memang rasa macam diarrhea ... yang super banyak! Time ni, rasanya macam ada 1 macam adrenaline rush dalam badan. Terus bernafas kuat2 macam orang semput, tapi tak semput pun. Cuma bila bernafas tu kuat sampai berbunyik. Boleh bayangkan tak? Bila Dr Siti tengok camtu, die kate :
"Sakit ye? Tu sakit main2 je tu. Tunggu setengah jam lagi yer? Ha kalau sakit sedut gas tu"
Dr Siti pun selamba je keluar labour room. Walaupun sebelum ni nurse ada offer gas, memang saya tak amik pun. Tapi masa tengah konon2 semput tu, amik jugak sebab tak tau apa yang berlaku. 'Diarrhea' masih berlaku dengan derasnye. Masa ni tak sakit tau. Cuma ada 1 kind of urge untuk keluar dari dalam badan. Secara tak langsung, badan pun meneran untuk keluarkan. Tiba2 nurse selak selimut...
"Err, Doktor. Dah, dah... dah full..."
"Eh? Dah? Cepatnya?"
Haa. Korang tak caya kan? Cakap lagi sakit main2. Dr Siti baru je keluar labour room, terus masuk balik, siap2 pakai apron & glove. Time tu jugak katil tu terus transform jadik ape pun tak tau lah. Ada platform untuk letakkan kedua2 belah kaki, dan ada tempat pemegang. Masa tu tengah genggam tangan Hubby & tak perasan pun sebenarnya kuat gila genggam tangan dia sampai sakit. Sori yukk. Bila kaki dah atas platform & tangan pegang handle yang dah disediakan, memang masa tu position yang lega.
"Jangan sedut gas dah. Ada rasa macam nak berak yer? Push yer? Push. Good, girl"
Comel tak Dr Siti? Percaya atau tak, lepas dia cakap 'Good, girl' tu rasa macam tenang 1 macam. Psikologi memang memainkan peranan di sini. Masa 'push' tu, tak rasa sakit. Rasa lagi lega. Iyerlah, kalau korang nak mengeluarkan 'sesuatu' kat toilet, lega kan? Memang rasa macam kita buang air besar. So bila contraction tu, memang 1 badan pun same push, so kite 'add-on' sikit je. Saya push kuat2 sebab kalau tengok dalam TV tu macam beriye je die teran bila nak beranak. Sekali terus keluar kepala baby, lebih daripada separuh. Ni Hubby cerita balik la. Sambil Dr Siti pusing2kan baby.
"OK, push"
*PUSH!*
"Eh eh kejap! Jangan push kuat sangat, nanti terkoyak #@)(&^. Push pelan2"
Boleh pulak camtu. Manala nak tau. Tipu betul la citer dalam TV tu. So saya pun push dengan perlahan tapi panjang la push tu dan semakin kuat. Ha, boleh paham tak? Lepas tu, Alhamdulillah dah nampak seorang baby yang dah selamat keluar keseluruhan badan. Terus saya pegang perut. Dah kempis! Haha. Lepas tu pikir dalam hati 'Oh, macam ni rupanya rasa nak bersalin. OK laa. Boleh la bersalin lagi lepas ni'.
Nurse tunjukkan baby kat saya. Dia suh confirmkan jantina baby & dia bagi kiss pipi baby. Masya Allah. Perlu ke nak describe perasaan tu?
"OK, sedut balik gas" Dr Siti cakap.
"Erm, takpelah" *jual mahal*
"Sedut... ni nak jahit ni, sakit. Saya dah bius tapi takut tak cukup"
"Oo.. OK"
Selalu orang kata jahit tu tak sakit sebab beranak lagi sakit, kan? TIPU! Haha. Ini adalah kerana, walaupun saya telah menyedut gas dengan sekuat hati, tapi kesakitan tu tetap saya rasa! Wahhhhhhhhhh. Time ni jugaklah saya tarik balik kata hati saya untuk bersalin lagi tu. Huuu. Sakit, OK! Sakit! Tapi malas nak layan sangat, saya tengok je baby kene lap2, timbang, sedut lendir2 dalam mulut dia... Pastu nurse letak atas badan saya, suh try breastfeed. Pandai betul baby ni, masya Allah. Terus die suck, tapi kejap je sebab nurse kata masih banyak lendir kene keluarkan. Lepas tu baru gas punye effect bertindak balas kot. Rasa macam letih tapi sedar. So kitorang dibiarkan lebih kurang sejam dalam labour room. 'Rooming' session ....
bersambung ...